Itenerary


Hari Pertama

Peserta dijangka tiba di lapangan terbang antarabangsa Auckland pada awal pagi. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 10 jam setengah. Peserta akan berehat di lapangan terbang sementara menunggu waktu pagi.


Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland

Lebih kurang jam 9 pagi, peserta akan menaiki motor home masing-masing yang disediakan oleh pihak kami. Setiap motor home akan disediakan seorang wakil khas pihak kami yang akan bertindak sebagai pemandu dan pembantu peserta sepanjang percutian ini bagi menjamin keselamatan, keselesaan dan memudahkan komunikasi.


Fasiliti kenderaan yang akan digunakan sepanjang percutian di NZ.

Seterusnya, peserta akan dibawa ke pasaraya PARKnSAVE untuk membeli barangan keperluan bagi perjalanan selama 8 hari. Peserta juga boleh membeli barangan keperluan sendiri di sini.

    Sekiranya perjalanan bermula pada hari Sabtu, peserta akan dibawa ke pasar tani Parnell untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan. 

    Gerai buah strawberi di Parnell Market

    Suasana di Parnell Market

    Bekalan daging, ayam dan barangan basah halal akan di beli di kedai Kwality Halal Meat dan kedai disekitarnya.

    Membeli daging dan ayam di Kwality Halal Meat

    Untuk makan tengahari, peserta akan dibawa ke restoran Ayutthaya yang terletak di bandar Auckland.

    Selesai makan tengahari, perjalanan akan diteruskan dari Auckland City ke Hamilton, di daerah Waikato sejauh lebih kurang 130km mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Setibanya di camping site yang terletak di Hamilton, peserta akan berehat dan bermalam di dalam motor home masing-masing sambil menikmati makan malam yang pihak kami sediakan.

    Hamilton atau Kirikiriroa dalam bahasa Maori adalah pusat bandar ke empat terbesar di New Zealand. Bandar ini terletak di dalam Jajahan Waikato sebelah Pulau Utara lebih kurang 130km dari Auckland. Bandar ini adalah merupakan pusat perkhidmatan pertanian. Pengajian adalah antara puca ekonomi utama bandar ini dimana menempatkan lebih kurang 40,000 pelajar dan 1000 pelajar peringkat PhD.

    Suasana makan malam di dalam motor home

    Hari-2

    Selepas sarapan pagi (disediakan), peserta akan dibawa menuju ke daerah Waitomo untuk melawat satu-satunya gua seumpama ini yang wujud di dunia. Anda pasti akan takjub dengan ciptaan Allah SWT apabila melihat sendiri keajaiban gua ini terutamanya makluk yang menjadi penghuni gua ini. Perjalanan dari Hamilton ke Waitomo sejauh 73km mengambil masa selama lebih kurang 1 jam. 


    Waitamo Cave dan suasana di dalamnya

    Waitomo adalah sebuah perkampungan dengan populasi yang kecil iaitu dalam lingkungan 9,700 penduduk. Perkampungan ini dianggap syurga sebenar New Zealand. Waitomo adalah perkataan Maori dimana “Wai” bermaksud air dan “Tomo” bermaksud pintu atau lubang. Perkataan ini boleh diertikan sebagai “aliran yang mengalir ke dalam lubang dari dasar bumi”

    Disinilah terletaknya satu-satunya formasi batu kapur dan sistem gua istimewa dimiliki dunia yang menjadi tumpuan pelancong. Gua gelap ini dihuni oleh beribu-ribu larva yang mengeluarkan cahaya biru. Apabila berada didalam gua ini dan memandang kepada siling gua, pengunjung pasti terpukau dengan butir-butir cahaya biru seolah-olah berada di angkasa lepas yang dikelilingi oleh bintang-bintang. 

    Lebih menarik anda akan dibawa menyusuri sungai di dalam gua ini dengan menaiki perahu  yang dikendalikan secara 'waitomo style'. Keajaiban ini hanya boleh dirasai dengan mengujungi Gua Waitomo Glowworm di New Zealand. 

    Selepas melawat gua Waitomo, peserta akan menikmati makan tengahari di Te Kuiti sebelum menuju ke ibu negara New Zealand iaitu Wellington.

    Setibanya di Wellington, peserta akan dibawa ke camping site Aotea untuk bermalam di dalam motor home masing-masing sementara menunggu waktu menaiki feri menuju ke pulau selatan New Zealand. Peserta akan disajikan makan malam di sini.


    Hari ke-3

    Selesai sarapan (disediakan), peserta akan dibawa menaiki feri menuju ke pulau selatan. Perjalanan menaiki feri dari Wellington ke Piction ini mengambil masa lebih kurang 3 jam dan anda pasti tidak jemu disepanjang perjalanan ini kerana pelbagai keseronokan bole didapati di atas feri seperti menonton wayang, menikmati kopi dan snek di cafe feri dan bersantai di dek feri sambil menikmati keindahan Selat Cook. Jika anda bernasib baik, anda dapat melihat ikan dolphin. Bagi peserta yang membawa kanak-kanak, taman permainan dan pusat permainan video boleh menjadi pilihan. 


    Feri InterIslander

    Setibanya di Picton, peserta akan dibawa menuju ke The Buller Gorge Swing Bridge yang terletak di Murchison. Sepanjang perjalanan ini, anda akan melalui ladang anggur di sepanjang Blenheim. Makan tengahari akan disediakan di Tasik Nelson.
    Pemandangan ladang anggur dan jalan yang tenang di Blenheim


    Pemandangan indah di Tasik Nelson

    Setibanya di Swing Bridge, peserta berpeluang meniti jambatan gantung terpanjang di New Zealand dan menyusuri hutan semulajadi New Zealand.



    Meniti Swing Bridge

    Supaman

    Double Comet

    Hutan semulajadi

    Setelah selasai bergembira di sini, peserta akan meneruskan perjalanan ke Punakaiki dan bermalam di dalam motor home di camping site. Makan malam akan disediakan kepada peserta.

    Hari ke-4

    Selepas sarapan (disediakan), peserta akan dibawa ke satu lagi kawasan tumpuan pelancong iaitu Pancake Rock. Lihatlah sendiri kejadian alam semulajadi yang berusia jutaan tahun dalam membentuk batuan Pancake. Kejadian ini anda hanya dapat saksikan di New Zealand sahaja.



    Keindahan pemandangan Pancake Rock di Punakaiki

    Selain itu, satu lagi keajaiban yang terdapat di Punakaiki ialah kewujudan 'Blow Holes', iaitu suatu misteri alam yang tidak harus dilepaskan oleh setiap pengunjung yang berkunjung ke Punakaiki. Peserta akan merasakan sendiri fenomena bunyi yang terjadi secara semulajadi apabila angin kencang melalui celahan batuan di tepi pantai. Inilah satu-satunya fenomena bunyi seumpamanya yang wujud dan tidak terdapat di mana-mana negara kecuali di New Zealand!

    Blowholes

    Perjalanan diteruskan menuju ke Shanty Town, sebuah bandar lama atau bandar 'koboi', yang terletak lebih kurang 10km dari Greymouth. 






    Pengujung berpeluang merasakan pengalaman menaiki keretapi stim yang pernah digunakan pada abad ke-19. 

    Keretapi Stim yang digunakan pada abad ke-19

    Bersama pemandu keretapi stim

    Alamilah suasana pengalaman berada di kilang papan gaya 'koboi' dan merasai suasana kantin mereka. 


    Selain itu, peserta juga berpeluang mendulang emas sendiri dengan dibantu oleh pekerja tempatan, untuk mencari emas dan anda boleh membawa pulang hasil dulangan emas anda. Semua itu boleh didapati dengan bayaran serendah NZD 7 sahaja!

    Mendulang emas di Shanty Town

    Setelah melihat bandar 'koboi' Shanty Town dan menikmati makan tengahari yang disediakan, peserta akan meneruskan perjalanan ke destinasi penginapan seterusnya, iaitu Christchurch dan akan melalui Arthur's Pass, dimana peserta akan dapat menikmati pemandangan yang sangat indah termasuk gunung ganang yang diliputi salji. Perjalanan yang agak jauh ini dijangka akan memenatkan kerana jalan yang bengkang bengkok dan mendaki gunung.


    Gunung yang diliputi salji menerima pancaran matahari

    Pemandangan di waktu malam

    Peserta akan menginap di South-North motor home camping ground, Christchurch. Makan malam disediakan untuk para peserta.

    Hari ke-5

    Seperti biasa, selepas bersarapan pagi, peserta akan dibawa melawat Williowbank Wildlife Reserve untuk melihat pelbagai jenis haiwan yang berasal dari New Zealand seperti burung kiwi dan melihat budaya masyarakat Moari. 

    Willowbank Wildlife Reserve

    Peserta akan dihidangkan makan tengahari dan seterusnya dibawa bersiar-siar dan membeli-belah di bandar Christchurch. Jangan lepaskan peluang membeli baju berjenama Canterbury di Cantebury!

    Suasana tenang bandar Christchurch

    Dari Christchurch, konvoi kan menuju ke Kaikora. Jangan lepaskan peluang menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan ini seperti ladang biri-biri yang luas serta berlatarbelakangkan gunung yg dilitupi salji. Peserta juga berpeluang melihat anjing laut di sepanjang persisiran pantai Kaikora. Setibanya di Kaikora, peserta akan dihidangan makan malam dan bermalam di sini. 

    Pemandangan landang ternakan biri-biri

    Lokasi melihat anjing laut di Kaikoura

    Pemandangan Menarik Sepanjang Perjalanan ke Kaikoura

    Hari ke-6

    Konvoi diteruskan setelah peserta bersarapan pagi. Kali ini menuju ke bandar Picton, bandar pelabuhan yang menghubungkan pulau selatan dan pulau utara melalui pengangkutan feri Interislander. Peserta akan meninggalkan pulau selatan menuju ke pulau utara untuk meneruskan penjelajahan mengikut laluan baru.



    Bandar Pelabuhan Picton

    Cafe yang terdapat di dalam feri Interislander

    Pelayaran feri mengambil masa lebih kurang 3 jam. Setibanya di Wellington (pulau utara), peserta akan disajikan dengan makan tengahari dan seterusnya bergerak menuju ke destinasi penginapan di Masterton. Peserta akan menikmati makan malam yang disediakan di sini.

    Hari ke-7

    Seperti biasa, konvoi akan bergerak selepas sarapan pagi menuju ke satu lagi tempat menarik di New Zealand iaitu Tasik Taupo, sebuah tasik yang terhasil dari fenomane gempa bumi. Peserta berpeluang merasai kehangatan di Thermal Walk, sebuah kawasan lohong gunung berapi yang mengeluarkan haba dari dalam bumi.


    Thermal Walk

    Arnab 'hobbit' di Lake Taupo

    Ilama yang jinak

    Burung merak

    Pemandangan camp site di Lake Taupo

    Dari Tasik Taupo, peserta akan dibawa ke Orakie Korako, tempat yang terkenal dengan pengambaran kisah Lord Of The Ring. Selain itu, Thermal Walk, iaitu laluan yang mengeluarkan bahang dari gunung berapi yang separa aktif, menjadi tarikan utama di kawasan ini. Peserta akan menikmati makan tengahari di sini.





    Konvoi akan meneruskan perjalanan ke destinasi penginapan seterusnya iaitu di Matamata. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam dan peserta akan dihidangkan dengan sajian makan malam di sini.

    Hari ke-8

    Selesai sarapan pagi (disediakan), konvoi akan meneruskan perjalanan dari Matamata menuju ke bandar Auckland untuk membeli belah cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia.


    Seterusnya konvoi akan bergerak ke sebuah masjid yang terdapat di Auckland iaitu Masjid E-Umar, untuk solat Zohor dan makan tengahari. (Peserta dinasihatkan membeli bekalan makanan untuk makan malam di kedai halal yang terdapat disekitar masjid kerana makan malam tidak disediakan pada hari terakhir ini).


    Masjid E-Umar

    Selesai solat, peserta akan dibawa ke One Tree Hill iaitu destinasi terakhir percutian. Di sini, peserta dapat melihat pemandangan indah bandar Auckland serta berpeluang mengambil gambar yang sangat indah sebagai kenangan di bekas ibu negara New Zealand ini. 

    One Tree Hill

    Pemandangan bandar Auckland dari One Tree Hill


    Selesai bergambar, konvoi akan bergerak menuju ke lapangan terbang antarabangsa Auckland untuk penyerahan motor home dan seterusnya check-in untuk pulang ke tanah air. Program ini berakhir disini. 

    Semoga program ini dapat berjalan seperti yang dirancang, teratur dan selamat, InsyaAllah.

    Sekian terima kasih.


    "Saya telah mengunjungi hampir kesemua negara di dunia, New Zealand adalah negara yang paling cantik. Terima kasih kepada Universe Heritage yang cemerlang dalam menguruskan percutian saya. Mereka berjaya membawa saya menjelajah kedua-dua pulau New Zealand" - Nazrin Aizat (Atlit Memanah Negara)

    "Memandangkan saya adalah seorang penjawat awam yang bergaji sederhana, saya sangat risau sekiranya terdapat kos yang tersembunyi setelah pembayaran dilakukan untuk ke New Zealand.  Saya tabik Universe Heritage berkaitan pengurusan tiket kapal terbang, feri, sewa motor home, petrol, camping site, tiket masuk setiap tempat  dan makanan. Bila dah bayar, semuanya all in, tiada kos tersembunyi. Saya hanya perlu keluarkan kos beli cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia sahaja" - Baidhil Aimie Bin Mustapha (Pegawai Kanan Kerajaan).

    "Walaupun makanan yang disediakan adalah sederhana, ianya adalah halal dan mengenyangkan. Yang penting saya rasa sangat selamat sepanjang percutian saya bersama pengurusan Universe Heritage. Ejen yang mengiringi kami sentiasa bersama setiap masa" - Ahmad Mustakim Bin Che Aziz (Pegawai Kanan Kerajaan).